PENGENALAN PASARAN MODAL
1.1 Definisi Pasaran Modal.
Pasaran Modal merupakan pasaran harta kewangan jangka panjang yang terdiri
daripada semua alat hutang awam dan swasta dengan cukup tempoh melebihi satu
tahun, stok dan saham korporat yang tidak mempunyai cukup tempoh yang tetap dan
niaga ke depan komoditi. Ia merupakan pasaran yang memenuhi keperluan pelaburan
dan pembiayaan jangka panjang,merupakan tempat di mana syarikat-syarikat yang
berdaya maju bersaing untuk mendapatkan modal untuk tujuan perkembangan dan
pertumbuhan,pelengkap kepada sistem kewangan sesebuah negara.
Kepentingan dan sumbangan pasaran modal ke arah pembangunan ekonomi sebuah
negara dalam perjalanan ekonomi moden tidak boleh dinafikan. Ia merupakan nadi
kepada pembangunan ekonomi yang pesat bagi sesebuah negara. Pengertian pasaran
modal secara umum adalah suatu sistem kewangan yang berorganisasi, yang didalamnya adalah bank-bank komersial dan
semua institusi kewangan, serta keseluruhan surat-surat berharga yang beredar.
Dalam erti khasnya, pasaran modal adalah suatu pasar (tempat, berupa
gedung) yang digunakan untuk memperdagangkan saham-saham, sekuriti, dan jenis
surat berharga lainnya dengan menggunakan perantara sebagai penghubung diantara
syarikat dan pelabur. Dilihat dari pengertian akan pasaran modal diatas, maka
jelaslah bahawa pasaran modal juga merupakan salah satu cara bagi perusahaan
dan syarikat untuk mencari dana dengan menjual saham perusahaan kepada
masyarakat atau pelabur.
1.2. Jenis dan Fungsi Pasaran Modal .
Pasaran modal terbahagi kepada 2 jenis iaitu pasaran perdana dan pasaran
sekunder :
·
Pasaran Perdana ( Primary Market )
Pasaran Perdana adalah penawaran saham pertama kali dari penerbit kepada
para pemodal selama waktu yang ditetapkan oleh pihak penerbit (issuer) sebelum
saham tersebut belum diperdagangkan di pasaran sekunder. Biasanya dalam jangka
waktu sekurang-kurangnya 6 hari kerja. Harga saham di pasaran perdana
ditentukan oleh penjamin terbitan dan perusahaan yang go public berdasarkan
analisis asas perusahaan yang berkaitan.
Dalam pasaran perdana, perusahaan akan memperoleh dana yang diperlukan.
Perusahaan dapat menggunakan dana hasil terbitan untuk mengembangkan dan
memperluas barang modal untuk memproduksi barang dan jasa. Selain itu dapat
juga digunakan untuk melunaskan hutang dan memperbaiki struktur pemodalan
usaha. Harga saham pasaran perdana tetap, pihak yang berkuasa adalah penjamin
terbitan dan broker, tidak dikenakan komisi dengan pemesanan yang dilakukan
melalui agen penjualan.
·
Pasar Sekunder ( Secondary Market )
Pasar sekunder adalah tempat terjadinya transaksi jual-beli saham diantara
investor setelah melepasi masa penawaran saham di pasaran perdana, dalam waktu
selambat-lambatnya 90 hari setelah ejen terbitan diberikan maka kesan tersebut
harus dicatatkan di bursa. Dengan adanya pasar sekunder para investor dapat
membeli dan menjual sekuriti setiap saat. Sedangkan manfaat bagi perusahaan,
pasar sekunder berguna sebagai tempat untuk menghimpun investor lembaga dan
perseorangan.
Harga saham pasaran sekunder turun naik sesuai dengan jangkaan pasaran,
Pihak yang berkuasa adalah broker, adanya beban yuran untuk penjualan dan
pembelian, pemesanannya dilakukan melalui anggota bursa, jangka waktunya tidak
terbatas. Fungsi Pasaran Modal ialah tempat bertemunya pihak yang memiliki dana
lebih (lender) dengan pihak yang memerlukan dana jangka panjang tersebut
(borrower). Pasaran modal mempunyai dua fungsi yaitu ekonomi dan kewangan. Di
dalam ekonomi, pasaran modal menyediakan kemudahan untuk memindahkan dana dari
lender ke borrower.
Dengan melaburkan dananya, lender mengharapkan adanya imbalan atau return
dari penyerahan dana tersebut. Sedangkan bagi borrower, adanya dana dari luar
dapat digunakan untuk usaha pengembangan usahanya tanpa menunggu dana dari
hasil operasi perusahaannya. Di dalam kewangan, dengan cara menyediakan dana
yang diperlukan oleh borrower dan para lender tanpa harus terlibat langsung
dalam kepemilikan aktiviti.
1.2 Kriteria Pasaran Modal
Pasaran
Modal mempunyai dua cabang iaitu pasaran modal konvensional dan pasaran modal
islam. Pasaran Modal Islam menjalankan aktiviti seperti pasaran modal
konvensional tetapi berasaskan prinsip syariah. Dalam pembentukan mana-mana
instrumen kewangan Islam dan transaksi secara umumnya ia mestilah memenuhi
beberapa kriteria untuk dianggap sebagai halal di sisi Syarak. Antara
kriterianya, semua instrumen kewangan dan transaksi mestilah bebas daripada
unsur riba, maysir, gharar, kejahilan dan rasuah.[1]
Selain itu, ia juga mesti menjauhi larangan al-tanajusy, tadlis
al-‘ayb,ghalat, khilabah dan al-khiyanah.[2]
Pada masa yang sama, pasaran modal Islam juga seharusnya mampu untuk bersaing
dengan instrumen pasaran modal konvensional yang sedia ada di pasaran, sama ada
di peringkat kebangsaan mahupun global. Oleh kerana pasaran telah menjadi lebih
kompleks, perlulah ada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan sistem
tersebut beroperasi dan berfungsi dengan lebih efisyen lagi berkesan. Elemen dan kriteria dalam pasaran modal konvensional yang
menyalahi ajaran Islam:
·
Kewujudan instrumen yang menjanjikan pulangan
tetap atau riba
·
Aktiviti spekulasi
·
Aktiviti jualan singkat
·
Perdagangan orang dalam (insider trading)
·
Dagangan secara margin
1.3 Perbezaan antara Pelaburan Pasaran Modal
Islam dengan Konvensional
Pasaran Modal Konvensional
|
Pasaran Modal Islam
|
·
Ditubuhkan pada tahun 1937
|
·
Ditubuhkan pada tahun 1997
|
·
Tertakluk
kepada peraturan syarikat dan Negara yang mana ia berlandaskan kepada
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kuasa akal fikir manusia.
|
·
Berpandukan kepada perundangan Islam atau
prinsip-prinsip syariah. Segala aktiviti yang berlaku dalam pasaran modal ini
adalah berlandaskan kepada al-quran dan as-sunnah.
|
·
Di bursa Malaysia, terdapat pasaran bon,
pasaran sekuriti dan pasaran derivatif
|
·
Terdiri dari dua pasaran utama iaitu pasaran
bon atau sukuk (sekuriti hutang swasta Islam atau IPDS) dan pasaran ekuiti
atau pasaran saham.
|
[1]
Azizi Abu Bakar, “Pasaran Modal Islam : Analisis Fiqh Terhadap Asas
Pembentukan Instrumen dan Kriteria Penilaian Status Sekuriti oleh Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjayasekuriti”(Phd diss., Universiti Sains
Malaysia,2009).
No comments:
Post a Comment