BADAN PENGAWAL SELIA PASARAN MODAL
ISLAM MALAYSIA
2.1 Bank Negara Malaysia (BNM)
Ordinan
Bank Negara Tanah Melayu 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23 Oktober 1958
(Bank Negara Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963) dan
Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Januari 1959.[1]
Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan 1958, yang diwujudkan bagi tujuan
pelesenan dan pengawalan aktiviti perniagaan perbankan di Persekutuan Tanah
Melayu turut dikuatkuasakan. OBNM telah dikemaskinikan pada tahun 1994 dan kini
dikenali sebagai Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Akta BNM).
Fungsi
Bank Negara Malaysia seperti yang termaktub didalam Akta Bank Negara 2009[2]
ialah :
·
Membentuk dan melaksanakan dasar
monetari di Malaysia.
·
Mengeluarkan matawang di Malaysia.
·
Mengawal selia dan mengawasi
institusi-institusi kewangan yang tertakluk pada undang- undang yang
dikuatkuasa oleh Bank berkenaan.
·
Menyediakan pengawasan ke atas
pasaran-pasaran wang dan pertukaran asing.
·
Melaksanakan pengawasan ke atas
sistem-sistem penjelasan pembayaran.
·
Mengalakkan sistem kewangan yang
teguh, progresif dan tergolong
·
Memegang dan mengurus rizab asing
Malaysia.
·
Mengallakn sebuah rejim kadar
pertukaran yang selaras dengan asas-asas ekonomi.
·
Bertindak sebagai penasihat
kewangan, jurubank dan agen kewangan kerajaan.
Objektif utama Bank itu adalah untuk menggalakkan
kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan
mampan ekonomi Malaysia. Bank hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu,
bersampingan atau berkaitan untuk melaksanakan matlamatnya dan menjalankan
fungsinya. Bank dalam melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di
bawah Akta ini hendaklah mengambil kira kepentingan negara.
2.1.1 Penubuhan Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara Malaysia.
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai badan berkuasa tertinggi dalam menentukan
perkara-perkara Syariah berhubung dengan kewangan islam di Malaysia.[3]
Berdasarkan peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 2009, peranan dan fungsi MPS
telah diperkukuhkan lagi dengan pemberian status badan berautoriti tunggal
dalam menentukan perkara-perkara Syariah berhubung dengan perbankan Islam,
takaful dan kewangan Islam.
Keputusan yang dibuat oleh MPS terpakai oleh semua badan
yang membuat rujukan terhadap MPS yang berkaitan dengan perniagaan kewangan
Islam dan ia merupakan keputusan yang mengikat. Iaitu jika keputusan Majlis
Penasihat Syariah berbeza dengan badan atau jawatankuasa Syariah maka mestilah
keputusan MPS yang dipakai. Fungsi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia adalah :[4]
(a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa
perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya
mengikut Bahagian ini;
(b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa
isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi
Bank;
(c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana
institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(d) apa-apa fungsi
lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
MPS dianggotai oleh para ilmuan Syariah dan pakar
kewangan Islam terkemuka, yang mempunyai kelayakan , pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang kewangan dan
perundangan Islam. Perlantikan ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah ini adalah
mengikut garis panduan yang telah termaktub didalam Akta Bank Negara Malaysia
2009.
2.2 Bursa Saham Malaysia (BSM).
Bursa saham merupakan
tempat rasmi urusniaga saham-saham yang berada di pasaran. Tempat rasmi
urusniaga saham-saham di Malaysia dikenali dengan nama Bursa Malaysia. Fungsi
utama Bursa Malaysia adalah untuk menyediakan satu jentera yang tersusun untuk
pemilik syarikat persendirian menjual saham-saham mereka tanpa berhubung secara
langsung dengan pembeli.[5]
Bursa Saham Malaysia
ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1964 menggantikan Bursa Saham Tanah
Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1963. Berikutan daripada
pemisahan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965, Bursa Saham
Malaysia bertukar nama kepada Bursa Saham Malaysia dan Singapura. Berikutan
dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk memisahkan urusan mata wang antara
Malaysia dan Singapura pada tahun 1973, maka telah diputuskan bahawa Malaysia
perlu memiliki pasaran sahamnya yang tersendiri untuk menjadikan Kuala Lumpur
sebagai pusat kewangan penting. Oleh itu Bursa Saham Malaysia dan Singapura
telah berpecah menjadi Bursa Saham Kuala Lumpur Berhad (KLSEB) dan Bursa Saham
Singapura (SES).
Pada 14 April 2004, BSKL telah
ditukarkan namanya kepada Bursa Malaysia. Ianya mengandungi satu Papan Utama,
satu Papan Kedua dan
Papan Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ).[6]
Statistik perkembangan Bursa Malaysia ini secara tidak langsung dapat
menggambarkan prestasi saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dalam pasaran saham Islam di Malaysia, saham-saham yang
diniagakan dikenali juga dengan nama kaunter-kaunter lulus Syariah.
Kaunter-kaunter ini dikawal selia sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti
melalui Majlis Penasihat Syariah yang dibentuknya bagi memastikan ia (aktiviti
perniagaan) bersesuaian dengan kehendak Syariah.[7]
Di samping itu, transaksi jual beli saham Islam juga haruslah bebas dari
amalan/aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti jualan singkat,
manipulasi pasaran, dagangan orang dalaman, dagangan kontra, dagangan margin
dan lain-lain aktiviti.
Oleh itu, Bursa Malaysia mestilah membuat rujukan
terhadap Majlis Penasihat Syariah yang diinduki oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi
memastikan saham-saham yang diniagakan didalam kaunter lulus syariah menepati
piawaian dan garispanduan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli penasihat
syariah yang dilantik.
2.3 Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1993 sebagai sebuah
badan berkanun yang melapor terus kepada menteri kewangan. Badan ini diwujudkan
di bawah akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Penubuhan SC ini telah disokong dalam
Rancangan Malaysia keenam sehingga membawa kepada penubuhan sebuah badan
petugas khas untuk mengkaji penubuhan SC yang terdiri daripada CIC, ROC, FIC,
BNM, dan pejabat peguam negara. Menjelang bulan febuari 1992, jawatankuasa
tersebut telah melaporkan hasil kajian mereka kepada menteri kewangan. Pada
tahun yang sama, satu rang undang-undang telah digubal iaitu rang undang-undang
SC dan telah dibentangkan di parlimen. Ianya disusuli rapat dengan pembentangan
rang undang-undang perindustrian niaga hadapan dan pindaan Akta Perindustrian
Sekuriti 1983.
Menjelang akhir tahun 1992, kedua-dua rang undang-undang ini telah
diluluskan menjadi satu undang-undang. Pada 1 Mac 1993, SC telah ditubuhkan
secara rasmi dan dilengkapi satu rangka perundangan yang khusus. Sehingga kini,
SC telah memikul tanggungjawab sebagai satu agensi pengawalselia tunggal bagi
pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal dengan mengawal secara langsung
aktiviti-aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan
serta mengawal selia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
[1]
Bank Negara Malaysia, “Maklumat Am Bank Negara Malaysia”, January 2003, 2.
[2]
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, “Perbankan, Kewangan dan Pentadbiran
Pertukaran Wang Asing,” Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)’s
Official website, November 9, 2013, http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=sistem-perbankan#top.
[3]
Bank Negara Malaysia, Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, (2nd
Ed 2010), xv
[4]
Undang-undang Malaysia Akta 701, Akta Bank Negara Malaysia 2009: Bahagian
VII Perniagaan Kewangan Islam :Bab 1 Majlis Penasihat Syariah, (Malaysia,
2009).
[5]
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, “Analisis Perkembangan Bursa
Malaysia dan Pasaran Saham Islam di Malaysia,” Jurnal Teknologi 56,
(2011): 67
[6]
Ibid. h.69
[7]
Mohd Yahya Mohd Hussin, Joni Tamkin Borhan, “Analisis Perkembangan Pasaran
Saham Islam di Malaysia.”Jurnal Syariah Vol 17,no 3 (2009): 433.
Harrah's Resort And Casino, San Diego - Mapyro
ReplyDeleteMapYR Hotels 양주 출장샵 & Casinos in San Diego, CA · Harrah's 충청남도 출장마사지 Resort Southern California · Harrah's Resort Southern 광명 출장안마 California · Harrah's Resort Southern California · 천안 출장샵 Harrah's 제주도 출장마사지 Resort Southern