Saturday, 28 February 2015

TAKAFUL

PENGENALAN....

1.1 Definisi Takaful[1]
            Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan arab ‘al-kafala’ (jamin) iaitu bermaksud ‘saling jamin menjamin’. Dari segi tafsiran syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Ia juga boleh didefinisikan sebagai ‘golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik’. Allah telah berfirman yang membawa maksud:

            “dan hendaklah kamu tolong-menolong diatas perkara kebaikan dan takwa dan janganlah                      kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan”. (Surah al-maidah: 2)

Ayat al-quran diatas merupakan bukti utama  betapa sikap bantu membantu  antara satu sama lain merupakan salah satu akhlak mahmudah dan ianya wajib dipraktikkan oleh setiap umat untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan.Takaful merupakan satu produk yang diperkenalkan oleh bank islam pada masa kini dan ianya bertujuan untuk para peserta yang terlibat saling bantu-membantu antara satu sama lain. 

1.2 Ciri-ciri takaful
·         Sumbangan at-tabarru’at
·         Sistem islam
·         Pelaburan halal
·         Diawasi oleh majlis Pengawasan Syariah
·         Tiada unsur judi
·         Tiada unsur riba’
·         Tiada unsur gharar
·         Berkonsepkan al-mudharabah


1.3 Perbezaan takaful & insurans konvensional
Berikut adalah perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual :-

Konvensional
Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.




[1] Syed Ahmad Al-Mahdi b. Syed Ahmad Jamalullin Al- Benyahya (2010), “Produk Takaful Kesihatan : Kajian di syarikat Prudential BSN Takaful Berhad” (Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah Dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam, University Malaya Kuala Lumpur).